Maintenance

请登陆新网站: www.dapperak.org

霹雳民主行动党活动

Tuesday, December 3, 2013

Nga Kor Ming : Insentif tangkapan ikan lebih RM100 juta gagal dibayar

IMG_9265 (1) KENYATAAN MEDIA YB NGA KOR MING

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menggesa kerajaan segera menjelaskan tunggakan bayaran insentif hasil tangkapan kepada warga nelayan seluruh Negara yang telah tertunggak selama 5 bulan sejak Julai tahun ini.

Ketika mengadakan sidang media di parlimen, Nga Kor Ming mendedahkan bahawa beliau telah menerima aduan dari nelayan dikawasan Hutan Melintang, Pantai Remis, Sungai Besar dan Kuala Sepetang, bahawa Kementerian Pertanian & industri asas tani telah gagal menjelaskan bayaran subsidi hasil tangkapan RM0.10 sekilo sejak bulan Julai tahun ini selama 5 bulan.

Menurut beliau, nelayan-nelayan telah mengemukakan tuntutan tetapi kerajaan telah gagal menjelaskan bayaran sebagaimana yang dijanjikan dan kini telah masuk bulan kelima.

Menurut Nga, insentif hasil tangkapan ini telah diperkenalkan untuk meringankan beban nelayan sejak tahun 2011 setelah kerajaan menaikkan harga diesel dari RM1.00 seliter kepada RM1.20 Walaubagaimanapun, insentif ini kekal tidak berubah walaupun kerajaan menaikkan harga diesel sekali lagi pada bulan Julai tahun ini dari RM1.25 kepada RM1.45 satu liter.

Nga Kor Ming berkata, kementerian pertanian dan asas tani telah diperuntukkan sejumlah RM6.03 billion dalam belanjawan 2014 dan jumlah tersebut seharusnya memadai untuk menanggung bayaran kepada nelayan khususnya Jabatan Perikanan telah memperolehi peruntukan sebanyak RM240.5 juta untuk program khusus & dasar baru insentif hasil tangkapan ikan.

Menurut beliau, mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh persatuan nelayan, dikawasan Hutan Melintang sahaja, jumlah tunggakan bayaran oleh kementerian dianggarkan lebih kurang RM1.31 juta dari jumlah vessel kelas C2, C dan B berjumlah 670 buah kapal yang masih beroperasi dan jika dianggarkan seluruh Negara, jumlah tunggakan 5 bulan ini adalah melebihi RM100juta dari jumlah RM240 juta yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.

Nga Kor Ming berkata, warga nelayan kini terpaksa menanggung tekanan hidup yang tinggi akibat kenaikan harga diesel, dasar pukat keroncong 38 mm serta larangan mengupah buruh asing untuk menangkap ikan. Kini bayaran yang dijanji oleh kementerian juga tertunggak, ini merupakan satu perkara yang wajib dielakkan kerana ini akan menjejaskan kewibawaan dan amanah sebuah kerajaan.

Selain bayaran tunggakan insentif tangkapan ikan, Nga Kor Ming juga menggesa kerajaan supaya mengumumkan laporan pakar berkecuali ke atas dasar pukat keroncong 38 mm yang mengakibatkan nelayan pulau laut pada bulan November. Tanpa laporan pakar yang berkecuali, warga nelayan tidak mempunyai keyakinan bahwa perlaksanaan dasar itu dapat membela sumber laut khususnya dasar itu telah wujud lebih 28 tahun sejak 1985 tetapi tetap tidak dilaksanakan. Satu kajian pakar berkecuali harus dijalankan untuk menyakinkan warga nelayan dan kementerian perlu terus berdialog dengan mereka kerana perikanan merupakan sumber protein utama rakyat Negara ini.

3hb Disember, 2013 Dewan Rakyat

Nga Kor Ming

Ahli Parlimen kawasan Taiping/DAP

No comments:

Post a Comment

Nga Kor Ming : Insentif tangkapan ikan lebih RM100 juta gagal dibayar

3:53 PM Posted by DAP Perak 霹雳州民主行动党

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Nga Kor Ming : Insentif tangkapan ikan lebih RM100 juta gagal dibayar"

Post a Comment