TEKS UCAPAN YB NGA KOR MING UNTUK BAJET 2014
Terima kasih Dato Speaker. Demi rakyat, Taiping bangun untuk membahas usul belanjawan tahun 2014 di dewan yang mulia ini.
TYP, Bajet kali ini mencatatkan satu lagi rekod baru dengan jumlah perbelanjaan yang terbesar berjumlah RM264.2billion. Walaupun ia mencatatkan rekod perbelanjaan tertinggi, bagaimanapun jika dikupas isi kandungan dan intipatinya, keadaan sebenar yang tersurat mahupun tersirat dalam bajet ini semakin hari semakin merisaukan rakyat & anak Malaysia di bumi yang bertuah ini.
Pertama, bajet ini merupakan bejet deficit 17 tahun berturut-turut sejak 1998. Dibandingkan dengan jangkaan hasil kerajaan, jumlah defist tahun depan berjumlah RM40.1 billion, satu jumlah defist yang besar dan jika penghitungan kita termasuk bil bekalan tambahan yang merupakan trend terkini, jumlah deficit Negara sebenar akan berjumlah lebih RM60 billion.
TYP, Sejak YB Permatang Pauh “direhatkan di Sungai Buloh”, dari zaman Dr Mahathir beralih ke Tun Abdullah dan kini YAB Pekan, Malaysia tidak pernah menikmati belanjawan lebihan sebaliknya sentiasa terbelenggu dalam keadaan deficit.
Kedua, bajet ini menonjolkan betapa seriusnya hutang Negara yang semakin hari semakin menggunung. Ketika YB Pematang Pauh menjadi Menteri kewangan, hutang Negara kita berada di paras sekitar RM90 billion, dalam tempoh 8 tahun Pematang Pauh menjadi Menteri Kewangan, Hutang Negara bukan sahaja tidak meningkat sebaliknya beliau berjaya mengurangkan hutang Negara ke paras RM80 billion. Malangnya sejak kementerian kewangan diambilalih oleh Tun Dr Mahathir, hutang Negara terus berkembang dari RM80 billion ke paras melebihi RM200 billion, kemudian merosot ke paras RM300 billion pada zaman Tun Abdullah dan kini dibawah Pekan, hutang Negara terus melonjak berjumlah sebanyak RM531.6 billion, iaitu 54.8% menghampiri tahap maksima atau statutory ceiling, 55% KDNK.
Ketiga, kos membayar hutang Negara kini juga sudah mencapai satu tahap yang membimbangkan, kita terpaksa menanggung RM23.1 billion pada tahun depan untuk mematuhi jadual membayar hutang. Model yang diamalkan oleh kerajaan adalah “meminjam untuk membayar.” Kerajaan menerbit bon baru untuk membayar bon lama, model ini sudah terbukti akan membawa parah pada satu hari nanti. Terbitan bon oleh kerajaan dengan sovereign guarantee semakin rancak kebelakangan ini khususnya 1 MDB yang kini berhutang RM38.4 billion, tetapi tujuan terbitan bon banyak diantaranya adalah untuk membayar hutang.
Mengikut bajet kali ini, selain dari jumlah hutang yang melebihi RM530 billion, tanggungan kerajaan untuk contingent liability juga mencapai paras rekod terbaru dengan jumlah RM143.1 billion atau 15% dari KDNK kita. Sekiranya kedua-dua ini dicantumkan, hutang Negara yang sebenar adalah berjumlah lebih kurang 70% daripada KDNK, ini adalah satu gejala yang akan membawa padah jika tidak ditangani dengan segera.
TYP, Alangkah baiknya jika kerajaan menguruskan kewangan awam dengan penuh hemah, jumlah dana yang begitu besar ini boleh disuntikkan ke dalam sector pendidikan, nescaya ia akan mampu mendirikan 23 buah Universiti Baru untuk mendidik dan mencungkil bakat modal insan untuk pembangunan Negara.
Keempat, bajet ini juga menunjukkan phenomena perkembangan yang negatif dimana jumlah perbelanjaan mengurus sebanyak RM217.7 billion adalah satu lagi rekod baru. Jumlah ini merupakan 82.4% dari jumlah bajet, jumlah ini yang semakin meningkat mencerminkan tanggungan kerajaan yang semakin berat manakala jika dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan pembangunan, jumlahnya jatuh ke bawah paras 20%, RM46.5 billion yang diperuntukkan untuk tujuan pembangunan Negara sebenarnya hanya 17.6% dari jumlah bajet yang disediakan.
Saya rasa terpanggil untuk membawa perhatian Dewan yang mulia ini bagaimana belanjawan diagihkan pada tahun-tahun lepas seperti berikut : -
Sekiranya kita perhatikan statistik dari jadual di atas, perbelanjaan mengurus kerajaan m’sia meningkat lebih kurang 300% dalam tempoh 10 tahun, pertambahan perbelanjaan mengurus sebanyak RM137.7 billion adalah satu angka yang cukup membebankan.
TYP, M’sia adalah Negara yang sedang membangun tetapi bajet yang disediakan oleh kerajaan BN dalam tempoh 10 tahun ini menjurus kepada pengurusan dan x pembangunan. Nisbah yang begitu rendah disediakan untuk tujuan pembangunan mencerminkan kelemahan pengurusan kewangan dan displin kewangan sector awam perlu dipertingkatkan dengan segera.
TYP, sekiranya kita memetik kandungan bajet kali ini, jelas kita dapat melihat kos tanggungan sektor perkhidmatan awam kerajaan kini sudah menjadi beban kewangan utama kerajaan. Pada tahun 2014, emolument kakitangan kerajaan dijangkan akan berkembang menjadi RM63.6 billion, jumlah ini merupakan 1/3 daripada jumlah perbelanjaan mengurus, ia adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan bajet pembangunan Negara yang hanya berjumlah RM46.5 billion. Jika dibandingkan dengan pembelian asset, hanya RM140 juta disediakan untuk tujuan tersebut, iaitu 0.7% sahaja dari perbelanjaan mengurus. Kerajaan perlu merangka paradigm swift dalam bidang perkhidmatan awam khususnya M’sia kini telah menjadi Negara yang mempunyai nisbah bilangan kakitangan awam yang tertinggi di Asia dengan jumlah sebanyak lebih kurang 1.4 juta orang walaupun projek e government telah menelan kos berbillion ringgit.
TYP, setelah dikupas, sekiranya kerajaan bertekad untuk membawa ekonomi Negara kembali ke landasan yang betul, kerajaan perlu mengatasi masalah 4 P yang kian membawa padah kepada rakyat jelita. Masalah 4P tersebut saban tahun ditegur dan dibangkit oleh Laporan ketua Audit Negara iaitu “Pembaziran, Pemborosan, Penyelewengan dan Penyeludupan”.
PEMBAZIRAN yang wujud dengan cara kerajaan mengurus wang rakyat telah menimbulkan perasaan marah dan syakwasangka di kalangan rakyat jelata. Contoh terbaik adalah Kementerian Belia & Sukan belanja RM1.6 juta untuk mengupah penyanyi korea K-pop untuk memberi persembahan di Festival Belia. Kita tidak membantah hiburan dan persembahan artis, tetapi menggunakan duit rakyat untuk membiayai persembahan artis sedemikian bukan lain bukan adalah satu bentuk pembaziran.
Kedua, PEMBOROSAN yang wujud disektor awam juga menimbulkan perasaan tidak senang hati kepada Rakyat. Apabila subsidi terpaksa dikurangkan, GST diperkenalkan, harga minyak dan gula kian meningkat, kita dapati kerajaan x pernah mengambil ikhtibar dari kegawatan ekonomi dan kesusahan rakyat yang kian mencabar. Saya ingin memberi contoh bagaimana Jabatan Perdana Menteri menggunakan duit rakyat. Pada bajet kali ini, kos operasi dan mengurus JPM sahaja berjumlah RM989 juta, malahan kita boleh menghalusi jumlah duit yang ditanggung oleh kerajaan untuk YAB Perdana Menteri dari Pekan : -
- Bil Elektrik Seri Perdana RM2.23 juta
- Bil Air RM310 ribu
- Sewa Jet peribadi RM28.8 juta
- Ubah suai jet RM3.32 juta
- Lawatan luar Negara PM dlm 5 tahun RM44.2 juta
- Sewa Seri Perdana setahun RM6.60 juta
Tanggungan kerajaan untuk perbelanjaaan yang berkaitan dengan Perdana Menteri setahun berjumlah lebih RM 1 billion. Bukankah ini satu pemborosan? Renung-renungkanlah.
TYP, selain dari pembaziran dan pemborosan, PENYELEWENGAN jelas wujud dikalangan sector awam. Tiap-tiap tahun Laporan Audit Negara jelas menyentuh perkara seperti beli barangan dengan harga x masuk akal, kos projek melambung, projek gajah putih, projek ego pemimpin, projek sakit dan malahan projek runtuh dll.
1. Jam RM100 RTM beli dengan RM3810
2. Scanner RM200 beli dengan RM14,380
3. Teropong RM750 beli dengan harga RM53,000 dll.
Bah kata pepatah melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelangga, angkara segelintir kakitangan awam telah mencemarkan imej sector perkhidmatan awam. Tindakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa kerja yang diketuai oleh KSN untuk menyiasat laporan audit jelas sudah tidak memadai. Kerajaan harus mengambil tindakan drastik menangkap ulat-ulat sebegini seperti buang kerja, bayar pampasan, sita harta dan hukuman berat yang setimpal dengan kesalahan supaya dapat menegakkan integriti di sektor perkhidmatan awam dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
TYP, masalah 4 P yang terkini adalah Penyeludupan. Dalam aspek ini, Mengikut penyelidikan British American Tobacco Co, syarikat rokok terbesar Negara ini, Malaysia kehilangan hasil cukai RM2 billion akibat dari penyeludupan rokok ke dalam Negara ini . Mengikut laporan media, Malaysia juga mempunyai kadar penyeludupan rokok yang tertinggi di dunia, dimana 1/3 rokok yang ada di pasaran didapati merupakan hasil produk dari lambakan aktiviti penyeludupan secara haram. Akibat dari kegiatan penyeludupan yang berleluasa dan sindiket berjaringan, kerajaan telah hilang hasil cukai duti yang besar dianggarkan RM2 billion setahun. Kehilangan hasil ini masih tidak termasuk kerugian cukai akibat penyeludupan minuman keras ke dalam Negara ini yang dijangka lebih besar.
Sekiranya kerajaan serius mendahulukan rakyat, kerajaan harus mengambil tindakan segera mengatasi masalah 4P ini maka ia akan membantu kerajaan menjimatkan RM28 billion dari rasuah dan RM6.5 billion dari pembaziran. Jumlah lebih RM34 bilion ini sudah lebih dari memadai untuk merangkumi hasil yang bakal dikutip berikutan perlaksanaan GST yang akan bermula pada April Fool, 2015.
GST
Goods & Services Act, Singapore bermula dari 3%, New Zealand 4% dan jepun 3%. Sehingga kini pun Korea mengamalkan kadar GST 5% dan Taiwan 5%. Apakah dayanya Malaysia yang mempunyai pendapatan per kapita yang jauh lebih rendah pula melaksanakan GST dengan kadar permulaan yang begitu tinggi?
Teras pertama Bajet kali ini adalah “merancakkan ekonomi”, bagaimanakah kerajaan mampu merancakkan ekonomi apabila pendapatan disposable income rakyat akan berkurangan apabila GST mula dilaksanakan? Apabila daya pembelian rakyat terjejas, pasaran domestik akan terus merasakan baham dari perlaksanaan cukai baru ini.
Menteri JPM, Dato Seri Idris Jala meramalkan sekiranya GST dilaksanakan, kerajaan akan memperolehi hasil cukai RM27 billion. Sekiranya andaian beliau adalah tepat, dengan jumlah penduduk 27.4 juta yang sedia ada, setiap rakyat akan terpaksa menanggung RM1000 setiap orang dan jika dikira dari isi rumah, jumlah tersebut akan jauh lebih dahsyat lagi.
PR berasa GST bukan sahaja akan membebankan rakyat, meningkatkan inflasi malahan akan menjejaskan pembangunan ekonomi Negara. Kecuali apabila pendapatan per kapita rakyat M’sia mencapai satu tahap yang memuaskan, pendapatan per kapita yang sedia ada tidak menawarkan suasana yang kondusif untuk perlaksanaan cukai baru ini.
TYP, Bajet 2014 ini dirangka bertemakan “Memperteguhkan ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksanakan janji”. Saya ingin menyentuh aspek “melaksanakan janji”.
Pada Februari 2012 YAB Pekan berkata, saya memetik kata-kata beliau : “ Harga Minyak RON95 tetap akan dikekalkan tidak kira perubahan pada minyak harga pasaran dunia. Subsidi kerajaan akan diteruskan kerana kos hidup rakyar yang semakin tinggi.”
Manusia pegang kepada kata, binatang pegang kepada tali. Saya lebih cenderong untuk mempercayai kata-kata Pekan kerana beliau seorang Perdana Menteri, tetapi kini janji tidak dikota, janji tidak ditepati dan sebaliknya janji dimungkiri. Kenaikan harga petrol 20 sen selepas pilihanraya jelas terbukti rakyat sudah tertipu oleh pemimpin mereka sendiri khususnya mereka yang mengundi Barisan Nasional.
Selain itu, dari cara kerajaan BN menyediakan bajet kali ini dan ucapan pembentangan YB Pekan, jelas YB Pekan cuba membals dendam terhadap pengundi masyarakat Cina kerana tidak lagi mempercayai BN.
TYP, sikap yang betul adalah kerajaan BN harus renung mengapa masyarakat tiong hua tidak lagi percaya dan sokong parti itu dan mencari ikhtiar memenang semula hati masyarakat Tiong hua dan bukan mengamalkan diskriminasi kaum sebagai balas dendam yang akhirnya pasti akan makan diri.
Melayu, Cina, India dan kaum lain semuanya anak Malaysia dan ini slogan tourism Malaysia-truly Asia. Semua rakyat harus diberi layanan yang adil dan saksama dan siapa mereka hendak undi adalah hak demokrasi masing-masing.
TYP, Corak Pengagihan duit cukai rakyat berdasarkan kepada sentimen perkauman tetapi bukan berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan adalah satu model yang gagal, daya pemikiran yang berdasarkan kepada warna kulit adalah satu perkara tragik kepada Negara kita khususnya Malaysia adalah Negara berbilang kaum. Jika kerajaan BN bangga dengan amalam perkauman secara terbuka, Slogan 1 Malaysia kini boleh dibuang dalam tong sampah dan dijadikan bahan ketawa dunia sebagai transformasi palsu yang memalukan.
Negara Malaysia sudah mencapai kemerdekaan sejak 56 tahun, tetapi adalah amat kesal corak pemikiran pemimpin Negara masih lagi terbelenggu dalam politik perkauman yang sudah jauh ketinggalan. Akibat minda yang miskin ini, Malaysia kehilangan lebih 1 juta modal insan yang amat diperlukan untuk pembangunan Negara supaya membantu misi Negara mencapai wawasan Negara maju.
TYP, memandangkan keselamatan social yang semakin merosot sehingga isu keselamatan social kita menjadi isu paparan utama International New York Times, bajet kali ini memperuntukkan RM8.8 Billion untuk pasukan polis. Jumlah bajet yang besar ini mencerminkan betapa seriusnya masalah keselamatan masyarakat yang kini tidak lagi selamat. PDRM mempunyai sejarah 200 tahun, ia adalah pasukan displin, PR menghargai segala pengorbanan dan bakti yang dicurahkan oleh pasukan polis tetapi kejadian seperti 133 senjata hilang jatuh ke dalam laut dan ada pula pistol polis hilang dijamban dan malahan ada polis terlibat dalam kes rogol telah merosakkan imej polis dan mereka yang bersalah mesti dirujuk ke muka pengadilan dan bukan lagi dikompromi dan .
- HELP Kedoktoran kepada pemimpin Korea utara Kim
TYP, sebagai ahli dewan yang mulia ini, kita mewakili suara rakyat, dan suara rakyat adalah suara keramat, segala teguran, cadangan dan kritikan membina dalam teks perbahasan ini adalah bertujuan untuk melayari bahtera Negara ke mercu jaya dan kompetitif di pesada antarabangsa, semoga bajet ini dilimpahi barakah dan membawa kersejahteraan untuk rakyat sebagai kerajaan dari rakyat dan demi Rakyat.
Sekian, terima kasih.