Maintenance

请登陆新网站: www.dapperak.org

霹雳民主行动党活动

Wednesday, October 2, 2013

Soalan Lisan dan Bertulis bagi YB Nga Kor Ming untuk Persidangan Parlimen pada Oktober, 2013 bagi kawasan TAIPING/P060

IMG_6652-nkm (1) 

SOALAN PERSIDANGAN PARLIMEN OKTOBER,2013

SOALAN LISAN

1. MINTA YB MENTERI PENGANGKUTAN nyatakan berapakah jumlah pampasan yang ditanggung oleh kerajaan akibat pembatalan penswastaan AES(Automatic Enforcement System) dan nyatakan secara terperinci jumlah bilangan kamera AES yang dipasang mengikut negeri masing-masing.

2. MINTA YB MENTERI PERTAHANAN nyatakan apakah pelan tindakan kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kementerian dalam pembelian senjata dan kelengkapan tentera Malaysia serta jumlah kos terlibat.

3. MINTA YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar nyatakan jumlah keluasan hutan simpan, hutan simpan kekal yang sedia ada mengikut negeri masing-masing dan apakah pelan tindakan kerajaan untuk memastikan industri pembalakan dapat dibangunkan secara mampan dengan tidak menjejaskan sistem ekologi Negara.

4. MINTA YB MENTERI PENDIDIKAN nyatakan apakah pelan tindakan kerajaan secara menyeluruh untuk meningkatkan kedudukan Universiti tempatan, IPTA dan IPTS di senarai QS World University Ranking ?

5. MINTA YB MENTERI DALAM NEGERI nyatakan secara terperinci jumlah orang yang ditangkap, dilepas termasuk yang didakwa serta pencapaian terkini Ops-Cantas Khas demi memelihara keselamatan masyarakat kita.

6. MINTA YAB PERDANA MENTERI nyatakan kedudukan terkini pembinaan MRT di Lembah Klang dan jumlah kos sebenar yang terlibat serta apakah rancangan kerajaan untuk memastikan kos binaan tidak melambung sehingga melebihi bajet yang sedia ada.

7. MINTA YAB PERDANA MENTERI nyatakan apakah status terkini cadangan pembinaan High Speed Railway(HSR) di antara Kuala Lumpur ke Singapura dan berapakah kos yang akan terlibat demi menjayakan projek ini.

8. MINTA YB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA nyatakan secara satu per satu apakah pencapaian terkini dan pelan tindakan kerajaan untuk memastikan kejayaan perlaksanaan Akta Persaingan 2010(competition Act 2010)?

9. MINTA YB MENTERI KEWANGAN nyatakan apakah pelan tindakan dan rancangan kerajaan untuk menangani masalah penyeludupan rokok dan arak yang mengakibatkan Malaysia hilang lebih RM1.9 billion hasil cukai setahun.

10. MINTA YB MENTERI KESIHATAN NYATAKAN apakah pelan tindakan dan rancangan menyeluruh kerajaan untuk menangani masalah lebih 6.2 juta rakyat mempunyai kolesterol tinggi dan 15% atau 5 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis(diabetes)?

SOALAN BERTULIS

1. MINTA YB MENTERI KESIHATAN NYATAKAN secara terperinci berapakah jumlah kos yang terlibat untuk pembelian ubat di hospital dan klinik kerajaan setiap tahun dari 2000 hingga 2013.

2. MINTA YB MENTERI KEWANGAN nyatakan secara terperinci apakah status terkini cadangan perlaksanaan Goods & Services Tax(GST) yang telah ditangguh beberapa kali serta apakah pelan tindakan kerajaan untuk membantu rakyat meringankan beban hidup akibat perlaksanaan cukai baru ini.

3. MINTA YB MENTERI KEMENTERIAN DALAM NEGERI senaraikan secara terperinci jumlah kes rogol dalam Negara ini dari tahun 2003 hingga 2013 serta langkah kerajaan untuk membanteras jenayah seks ini.

4. MINTA YB MENTERI DALAM NEGERI senaraikan jumlah bilangan anggota polis PDRM mengikut jabatan atau bahagian masing-masing serta jumlah peruntukan yang diberikan kepada pasukan polis Negara setiap tahun dari 2008 hingga 2013.

5. MINTA YAB PERDANA MENTERI nyatakan secara satu per satu jumlah kos yang dibiayai oleh kerajaan untuk membeli dan menyelenggara kereta-kereta rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan negara, Timbalan Tuan Yang Dipertua dan barisan Menteri sepanjang tempoh 2008 hingga kini.

SOALAN LISAN DAN BERTULIS INI disediakan oleh

YB Tuan Nga Kor Ming

Ahli Parlimen kawasan TAIPING/P060

30hb September, 2013

No comments:

Post a Comment

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Soalan Lisan dan Bertulis bagi YB Nga Kor Ming untuk Persidangan Parlimen pada Oktober, 2013 bagi kawasan TAIPING/P060"

Post a Comment