Maintenance

请登陆新网站: www.dapperak.org

霹雳民主行动党活动

Thursday, October 3, 2013

YB Tuan Nga Kor Ming : Sewa Pesawat Perdana Menteri RM28.8 Juta Setahun

Kor Ming cropped KENYATAAN MEDIA YB TUAN NGA KOR MING/TAIPING

Kerajaan membelanja RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat Perdana Menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP tersebut.

Ketika menjawab soalan saya di Parlimen, YB Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Shahidan Kassim telah memaklumkan kerajaan membayar RM28.8 juta untuk tujuan kos sewa pesawat jet perdana menteri setahun.

Mengikut Menteri, dalam tempoh 3 tahun dari 2010, kerajaan telah membelanja RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan kos RM3.32 juta untuk kos penambahbaikan jet tersebut. Dengan kata lain, kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi YAB Perdana Menteri dalam tempoh 3 tahun sahaja.

Selain dari kos pesawat Perdana Menteri, kerajaan juga menanggung kos RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar Negara YAB Perdana Menteri sejak 2008. Ini menjadikan kos lawatan luar Negara rombongan Perdana Menteri satu tahun berjumlah RM42 juta.

Sebagai bandingan, rakan sejawat Perdana Menteri di Singapura, iaitu HE Lee Hsien Loong, beliau menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan luar Negara dan ini telah menjimatkan jutaan wang demi rakyat. Selain itu, Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng pula sentiasa menduduki ekonomi class ketika beliau menjelajah atau membuat lawatan. Teladan baik ini harus dicontohi dan adalah dicadangkan supaya YAB PM harus membuat pertimbangan menaiki tiket First Class Malaysia Airline dan bukan pesawat jet yang esklusif.

Ketika Malaysia mengalami defisit 17 tahun berturut-turut dan ledakan hutang Negara yang semakin menggunung sehingga mencecah paras RM516.3 billion, kerajaan BN disaran menunjukkan teladan baik berhemah dari segi pengurusan kewangan.

Pada tahun ini, kerajaan persekutuan terpaksa mengemukakan belanjawan tambahan sebanyak 2 kali di parlimen kerana kegawatan kewangan. Jumlah defisit kerajaan persekutuan tahun ini adalah setinggi RM69.2 billion.

Untuk makluman awam, kini Jabatan Perdana Menteri telah menjadi kementerian yang mempunyai paling ramai Menteri dan kakitangan yang cukup ramai. Jabatan Perdana Menteri mempunyai 8 orang menteri dan lebih 80,000 orang kakitangan. Bayaran emolumen dan gaji juga melebihi RM4 billion setahun. Oleh demikian, adalah penting untuk Jabatan PM mengamalkan perbelanjaan yang berhemah.

Sebagai kerajaan yang berjiwa Rakyat, Ketua Audit Negara disaran menjalankan pengauditan ke atas Jabatan Perdana Menteri supaya ia mencerminkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan kerajaan dalam kementerian tersebut.

3hb Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment

YB Tuan Nga Kor Ming : Sewa Pesawat Perdana Menteri RM28.8 Juta Setahun

4:00 PM Posted by DAP Perak 霹雳州民主行动党

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "YB Tuan Nga Kor Ming : Sewa Pesawat Perdana Menteri RM28.8 Juta Setahun"

Post a Comment