Maintenance

请登陆新网站: www.dapperak.org

霹雳民主行动党活动

Wednesday, October 2, 2013

Soalan-soalan yang memerlukan jawapan lisan dan bertulis bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Parlimen Ke 13 mulai 21hb Oktober 2013. daripada YB DATO’ NGEH KOO HAM (Kawasan P 68 Beruas)

Ngeh 

Daripada : YB DATO’ NGEH KOO HAM (Kawasan P 68 Beruas)

Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan samada ‘Common Law Marriage’ masih diiktiraf di Malaysia selepas pelaksanaan ‘Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan bila dan bagaimana Kerajaan bercadang menyelesaikan isu bidangkuasa Mahkamah Sibil dan Mahkamah Syariah apabila timbul pertikaian diantara sepasang suami isteri yang seorang sudah menganut Islam dan seorang lagi bukan Islam.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang menangkap dan menahan secara salah mereka yang beragama Islam Shia kerana tindakan mereka melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

  1. Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan samada Kerajaan bersedia menghormati Perkara 8 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan hanya melaksanakan keistimewaan-keistimewaan dalam perkara-perkara yang dibenarkan dalam Perkara 153.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan perkahwinan diantara seorang bukan Islam dengan seorang Islam yang dilangsungkan secara sah (mengikut undang-undang negara perkahwinan itu dilangsungkan) dan datang atau balik bermastautin di Malaysia.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan perkahwinan yang kedua diantara seorng Islam dengan seorang Islam yang lain di Thailand tetapi tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Enackmen Islam di Malaysia apabila mereka datang atau balik bermastautin di Malaysia.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan keputusan kajian yang dijanjikan oleh Menteri dalam tahun 2007 berkenaan dengan penggunaan pukat tunda dengan jaring berlubang 38 mm dan kenapa lapuran tersebut masih tidak diumumkan kepada orang ramai.
  2. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan kenapa kerajaan masih mahu memestikan jaring pukat tunda 38 mm digunakan bermula 1/11/2013 ini sungguhpun bot tunda sekarang ini dimestikan beroperasi diluar 5 batu nautical dan perairan 5 batu nautical ini sudah mencukupi untuk pembiakan kehidupan laut.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan samada Kerajaan bersedia selain daripada Bahasa Malaysia (dengan meminda undang-undang) menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pilihan/alternatif untuk digunakan di Mahkamah.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan bantuan-bantuan yang dijanjikan oleh Kerajaan untuk diberikan kepada nelayan-nelayan untuk meringankan beban mereka apabila harga diesel naik daripada RM1.25 seliter ke RM1.45 seliter.

Pertanyaan Bagi Jawab Tulis

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan kenapa Jabatan Pendaftaran Negera enggan menukar agama butiran dalam rekod seseorang itu apabila beliau mengemukakan surat sumpah bahawa beliau tidak pernah atau tidak menganut agama Islam lagi sungguhpun kebebasan agama dijamin dibawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan adakah Deed Poll yang selama ini diterima untuk menukar nama dan agama seseorang masih diiktiraf oleh Jabatan pendaftaran Negara.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana seorang yang sejak dilahirkan tidak pernah mengamalkan agama Islam dan tidak ingin mengamalkan agama Islam boleh memperbetulkan butiran dalam kad pengenalannya yang agamanya dinyatakan sebagai Islam.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan samada ibubapa bebas memilih agama anak mereka yang dilahirkan di Malaysia, jika ibubapa seorang Islam dan seorang bukan Islam dan telah berkahwin secara sah diluar Negara mengikut undang-undang negara tersebut.
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan samada seorang ibu cina (nama Melayu dan kad pengenalan menyatakan beliau islam) yang tidak pernah mengamalkan agama Islam dan tidak mahu mengamalkan agama Islam berhak memberikan nama cina kepada bayinya dan bebas menentukan agama anaknya bukan beragama Islam.

YB DATO’ NGEH KOO HAM

(P68 BERUAS)

No comments:

Post a Comment

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Soalan-soalan yang memerlukan jawapan lisan dan bertulis bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Parlimen Ke 13 mulai 21hb Oktober 2013. daripada YB DATO’ NGEH KOO HAM (Kawasan P 68 Beruas)"

Post a Comment