Maintenance

请登陆新网站: www.dapperak.org

霹雳民主行动党活动

Wednesday, May 7, 2014

Adakah Tun Mahathir Buta Apabila Melihat Kaum Bukan Melayu?

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah dan Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 5 Mei 2014 di Ipoh

'Semua Cina adalah kaya dan India adalah doktor dan peguam.' Ini adalah satu kenyataan yang paling kurang bijak dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Bin Mohammad. Beliau telah membuat satu kenyataan yang begitu umum untuk menutup segala kekurangan dan kelemahan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Kenyataan beliau seolah-olah semua orang cina dan India dalam negara ini kaya raya dan tidak memerlukan bantuan kerajaan.

Kenyataan beliau ini tidak masuk akal dan mencemari nama negara kita kerana seorang bekas Perdana Menteri berani membuat pengumuman palsu secara terang- terang. Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan dasar diskriminasi terhadap kaum Cina dan India sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Orang-orang Cina dan India ditindas oleh Barisan Nasional dan berselindung di bawah peruntukan perlembagaan negara yang memberi hak keistemewaan kepada orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera.

Hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera adalah hak perlembagaan. Saya tidak mempersoalkan hak itu. Tetapi, tidak ada apa-apa perkara dalam perlembagaan untuk membolehkan kerajaan ini untuk mengamalkan dasar diskriminasi terhadap kaum- kaum lain di negara ini. Malah terdapat banyak peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberi hak dan jaminan kepada orang-orang Cina dan India sebagai warganegara Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional terang-terang mengamalkan dasar diskriminasi kaum sehinggakan kaum Cina dan India merasakan mereka ini dilayan sebagai warganegara kelas kedua dan ketiga.

Diskriminasi kaum di negara ini tidak boleh dinafikan oleh mana- mana pihak. Ini adalah satu realiti yang boleh dibuktikan dengan mudah. Itulah sebabnya Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah membuat satu kenyataan mengenai dasar diskriminasi yang diamalkan di Malaysia. Beliau berhujah bahawa negara ini hanya boleh maju jika orang-orang bukan Islam juga diberi peluang dan layanan yang samarata. Beliau nampak bahawa kaum bukan Melayu dipinggirkan di negara ini.

Kenyataan ini jelas bahawa dunia luar juga mengetahui tentang dasar diskriminasi yang diamalkan di negara kita. Presiden Obama tidak akan membuat kenyataan yang sensitif tanpa membuat kajian yang terperinci mengenai  perkara. Ini bermaksud kajian dan penelitian yang dibuat oleh Presiden Obama jelas membuktikan bahawa nyata terdapat penindasan terhadap kaum Cina dan India di negara kita.

Tetapi,  masih ada pemimpin-pemimpin UMNO seperti Tun Mahathir dan Dato Seri Zahid Hamidi yang menafikan wujudnya diskriminasi kaum. Mereka merasakan kaum Cina dan India hidup mewah di negara ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai jutawan dari kalangan orang cina dan orang  India. Tetapi ini tidak bermaksud semua orang- orang cina dan india adalah kaya raya. Terdapat ramai orang bukan Melayu hidup di bawah paras garis kemiskinan di negara ini.

Kesimpulan Tun Mahathir bahawa kaum bukan melayu di negara ini hidup kaya raya adalah satu penipuan dan percubaan untuk memutarbelitkan fakta yang sebenar. Kalau begitu, sanggupkah beliau bersetuju jika saya membuat kenyataan bahawa orang-orang Melayu juga amat kaya di negara ini dengan merujuk kepada anak beliau yang juga memiliki harta dan perniagaan bernilai berbilion ringgit? Kecuali beliau mahu membuat pengakuan bahawa beliau bukan keturunan Melayu.
Saya juga boleh membuktikan ramai lagi usahawan dan ahli politik Melayu yang hidup kaya raya di negara ini. Tetapi, saya tidak boleh membuat satu kenyataan yang umum bahawa kaum Melayu semuanya kaya raya dan tidak perlu dibantu oleh kerajaan.

Tun Mahathir gagal melihat ribuan kaum bukan Melayu yang hidup dalam kesusahan. Ramai yang mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan untuk menyara hidup keluarga. Ramai yang tidak memiliki rumah dan harta benda. Ramai yang bekerja sebagai kuli dan buruh kasar. Ramai yang telah menjadi muflis. Ramai yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Saya rasa Tun Mahathir bukan sahaja menipu dunia luar tetapi menipu diri sendiri kerana mengatakan orang-orang India adalah golongan profesional, doktor dan peguam. Kalau begitu, kenapa statistik menunjukkan bahawa kaum yang paling ramai merangkak dalam penjara ialah kaum India? Ramai dikalangan ahli-ahli kongsi gelap dikatakan adalah daripada keturunan India. Adakah banduan- banduan  dan samseng-samseng ini sebenarnya doktor dan peguam di mata Tun Mahathir?
Mereka ini adalah hasil daripada penindasan kerajaan Barisan Nasional kerana tidak ada ruangan yang secukupnya dalam pembangunan dan kemajuan sosio ekonomi negara ini.

No comments:

Post a Comment

Adakah Tun Mahathir Buta Apabila Melihat Kaum Bukan Melayu?

9:01 AM Posted by DAP Perak 霹雳州民主行动党

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Adakah Tun Mahathir Buta Apabila Melihat Kaum Bukan Melayu?"

Post a Comment