Maintenance

请登陆新网站: www.dapperak.org

霹雳民主行动党活动

Thursday, May 8, 2014

Jangan Lupa Perjanjian Malaysia 1963 Yang Memberi Jaminan Keselamatan Sebagai Syarat Kemasukan Sabah dan Sarawak.

SivaKumar Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah, Timbalan Pengerusi DAP Perak dan Setiausaha Antarabangsa DAP Malaysia pada 8 Mei 2014 di Ipoh

Berdasarkan jawapan bertulis yang diberikan oleh Parlimen, pencerobohan kapal perang Republik Rakyat China dalam kawasan perairan negara di Laut China Selatan berlaku hampir setiap tahun semenjak tahun 2011.  Menurut Dato Seri Dr Shahidan Kassim selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 2013 berlaku peningkatan pencerobohan oleh aset-aset Republik Rakyat China yang tertumpu di kawasan Beting Patingi Ali, Beting Raja Jarom dan Beting Serupai (James Shoal). Semuanya terletak dalam kawasan Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (ZEE).

Sepanjang tahun 2013 sehingga Februari 2014 sebanyak 7 pencerobohan dikesan yang melibatkan 16 buah aset-aset tentera laut yang dikenali sebagai People's Liberation Army Navy dan juga China Coast Guard.

Pada bulan Januari 2014 Tentera Laut Diraja Malaysia menafikan berlaku pencerobohan oleh Tentera Laut China di perairan  Terumbu  atau Beting James. Kawasan ini terletak di Laut China Selatan yang dituntut oleh Malaysia.

TLDM menafikan dakwaan bahawa berlaku pencerobohan di perairan negara kita. Menurut TLDM, tiga kapal perang China yang sedang menjalani latihan di perairan Kepulauan Spartly pada 26 Januari 2014 itu tidak memasuki perairan negara kita. Panglima TLDM, LaksamanaTan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pemantauan dan risikan daripada pihak TLDM mendapati ketiga-tiga kapal perang China itu berada jauh dari kawasan perairan Beting James.

Beting James yang berdekatan dengan Kepulauan Spartly terletak kira-kira 320 batu nautika dari Bintulu, Sarawak. Kawasan ini adalah amat kaya dengan sumber asli terutamanya petroleum.  Kawasan ini dituntut oleh Malaysia, Republik Rakyat China dan Republik Rakyat Taiwan dalam pertikaian kawasan kepulauan Spartly di Laut China Selatan.

Kenyataan Laksamana TLDM itu bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh  Menteri. Laksamana menafikan pencerobohan, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula memberi jawapan bahawa pencerobohan memang berlaku sekurang-kurangnya satu kes setiap tahun mulai 2011.

Menurut Laksamana lagi,  TLDM mengetahui tentang kehadiran 3 buah kapal perang China di kawasan perairan Laut China Selatan. Beliau menegaskan bahawa tiada pencerobohan seperti didakwa.

Ini adalah isu keselamatan negara. Menteri  berkata ada pencerobohan manakala Laksamana pula berkata sebaliknya.  'Siapa yang bercakap benar dan  siapa yang bercakap bohong?' Rakyat Malaysia terutamanya dari Sabah dan Sarawak berhak untuk mengetahui samada benar atau tidak berlaku pencerobohan oleh kapal perang China di perairan Malaysia di Laut China Selatan.

Pada bulan Februari 2014,  Menteri Luar Negeri  Datuk Seri Anifah Aman pula berkata  kementeriannya tidak menerima sebarang maklumat berhubung dengan kejadian pencerobohan 3 buah kapal perang China di perairan Sarawak seperti yang dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa.

Perbezaan fakta dan pendapat ini membuktikan bahawa kerajaan tidak serius dalam isu keselamatam negara. Adakah kerajaan cuba untuk menutup sesuatu akibat daripada pencerobohan itu? Menjaga hubungan antarabangsa bukanlah alasan yang munasabah apabila isu keselamatan rakyat dan negara timbul.

Dato Seri Dr Shahidan Kassim mengakui tentang pencerobohan kapal perang China di perairan negara kita. Persoalannya ialah kenapa kerajaan Malaysia tidak dapat berbuat apa-apa ketika pencerobohan itu berlaku. Kemasukan kapal perang China di perairan Malaysia harus dianggap sebagai satu ancaman. Kerajaan Persekutuan harus bertanggungjawab kepada segala kesan dan akibat kegagalan mereka bertindak terhadap kemasukan kapal perang di dalam perairan Malaysia.

Kerajaan Persekutuan harus memberi penjelasan penuh mengenai kemasukan 3 buah kapal perang China pada bulan Januari tahun ini. Ini adalah penting untuk keselamatan rakyat dan kedaulatan negara. Kerajaan Persekutuan tidak boleh lupa kepada Perjanjian Malaysia 1963 yang menjanjikan perlindungan keselamatan kepada Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin Malaya, Sabah dan Sarawak. Perkara keselamatan Sabah dan Sarawak adalah salah satu syarat penyertaaan dan penubuhan Malaysia.

Saya masih tidak faham kenapa tentera laut kita gagal bertindak ke atas kehadiran kapal laut China yang memasuki perairan Sarawak? Kerajaan harus bertanggungjawab dan memberi jawapan yang dikehendaki untuk menjaga kepentingan dan kedaulatan negara kita ini. Kerajaan juga harus mengambil segala langkah-langkah keselamatan supaya pencerobohan seperti ini tidak akan berlaku pada masa hadapan dan bertindak tegas terhadap sesiapa jua yang melanggar memasuki sempadan negara kita.

No comments:

Post a Comment

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Jangan Lupa Perjanjian Malaysia 1963 Yang Memberi Jaminan Keselamatan Sebagai Syarat Kemasukan Sabah dan Sarawak."

Post a Comment