Maintenance

请登陆新网站: www.dapperak.org

霹雳民主行动党活动

Tuesday, May 13, 2014

Ulang Tayang DUN Perak Berlaku Di DUN Terengganu

SivaKumar Kenyataan Politik YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 13 Mei 2014 di Ipoh

Saya sungguh menghormati pendirian PAS yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mama yang menyatakan  bahawa partinya mahu supaya DUN Terengganu dibubarkan.  PAS tidak berminat untuk  menubuhkan kerajaan di Terengganu sebaik sahaja 3 ADUN UMNO keluar daripada parti hari ini.

PAS bukan macam UMNO yang tidak mempunyai maruah pernah menggunakan 3 orang ADUN lompat untuk merampas kerajaan Perak pada tahun 2009. PAS tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan dalam situasi kemelut politik seperti yang sedang berlaku di Terengganu. PAS menghormati keputusan  yang dibuat oleh rakyat dalam PRU13 yang lalu.

Oleh yang demikian, PAS mahu DUN Terengganu dibubarkan dan mengadakan pilihanraya semula di negeri itu. Ini membolehkan rakyat Terengganu membuat penilaian dan memberi mandat kepada kerajaan baru yang sekali gus menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Ini membuktikan PAS sebagai satu parti politik yang mempunyai prinsip, tanggungjawab dan perjuangan yang bersih dan tulen.  UNMO dan Barisan Nasional adalah terlalu kotor kerana merampas kerajaan pilihan rakyat di Perak dahulu. Barisan Nasional ketika itu tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana begitu ghairah menubuhkan kerajaan walaupun tindakan itu tidak bermoral dan dibantah oleh rakyat Perak.

Pada ketika itu juga Pakatan Rakyat mendesak supaya DUN Perak dibubarkan dengan serta merta untuk menamatkan krisis perlembagaan setelah 3 orang ADUN melompat keluar daripada Pakatan Rakyat.  Tetapi, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang tamak mahu menubuhkan kerajaan dengan mengambil kira sokongan ADUN-ADUN yang tidak mempunyai moral politik dan semangat perjuangan yang sebenar.

Akhirnya Barisan Nasional menubuhkan kerajaan di Perak dengan sokongan daripada ADUN-ADUN lompat itu.  Perlembagaan dan prinsip-prinsip demokrasi dicabuli dan dicemari oleh Barisan Nasional Perak semata-mata untuk menubuhkan kerajaan di Perak.

Pada hari ini,  perkara yang sama juga telah berlaku di Terengganu. 3 orang ADUN UMNO telah keluar parti dan menjadi ADUN bebas. Pada ketika itu, Barisan Nasional hanya mempunyai 14 kerusi berbanding dengan Pakatan Rakyat yang memiliki 15 kerusi di DUN Terengganu.  Dalam keadaan itu, Pakatan Rakyat melebehi Barisan Nasional dengan majoriti 1 kerusi.

Pada prinsipnya kerajaan Barisan Nasional telah tumbang di Terengganu. PAS dan PKR yang memiliki 15 kerusi di DUN Terengganu boleh menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Terengganu. Tetapi, Pakatan telah mengambil keputusan tidak menuntut untuk menubuhkan kerajaan dengan keadaan yang sebegitu rupa.

Pakatan Rakyat telah mengambil pendirian untuk memohon pembubaran DUN dan mengadakan pilihanraya untuk keseluruhan DUN Terengganu. Ini adalah berasaskan prinsip demokrasi berparlimen yang disanjung tinggi oleh Pakatan Rakyat.

Barisan Nasional tidak boleh memberi alasan bahawa apa yang berlaku di Terengganu adalah berbeza dengan apa yang telah berlaku di Perak pada tahun 2009.  Hakikatnya, kedua-dua negeri mengalami situasi yang sama iatu krisis perlembagaan apabila ada ADUN-ADUN kerajaan keluar daripada parti.

Bagi kedua-dua negeri itu, 3 orang ADUN telah keluar dari parti dan menjadi ADUN bebas. Ini telah menyebabkan majoriti di DUN beralih kepada pembangkang. Situasi di Perak lebih buruk kerana terdapat surat perletakan jawatan ADUN yang ditandatangani oleh mereka yang keluar parti.

Barisan Nasional cuba menipu rakyat lagi dengan mengatakan bahawa scenario di Perak dan Terengganu adalah berbeza. Sebenarnya tidak ada apa-apa yang berbeza seperti yang didakwa oleh UNMO dan Barisan Nasional.

Saya sebagai  mantan Speaker DUN Perak berpendapat bahawa pembubaran DUN Terengganu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di negeri itu.  Walaupun seorang ADUN telah kembali kepada pangkuan UMNO tetapi kerajaan yang ada sekarang adalah terlalu rapuh.

No comments:

Post a Comment

Ulang Tayang DUN Perak Berlaku Di DUN Terengganu

10:45 AM Posted by DAP Perak 霹雳州民主行动党

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Ulang Tayang DUN Perak Berlaku Di DUN Terengganu"

Post a Comment